UNIMY latih pelajar celik teknologi digital


2 Mac 2021, Cyberjaya, Selangor –

Pada masa sekarang, terutamanya dalam norma baharu, teknologi digital merupakan kemahiran yang di perlukan untuk semua industri. Terokai kursus Program Intensif Teknologi Digital (UNIMY DiTIP) dalam masa yang singkat untuk mempelajari asas bidang pengkomputeran, pengenalan kepada pengekodan dan pengenalan kepada seni dan reka bentuk digital.

UNIMY DiTIP adalah program berstruktur secara maya yang melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas berkenaan teknologi digital. Progam ini memberi pengalaman dan pendedahan unik kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan.

UNIMY DiTIP merupakan program yang ideal bagi mereka yang ingin meneroka dan memasuki industri teknologi digital. Setelah pelajar menamatkan kursus UNIMY DiTIP, mereka boleh meneruskan program asasi atau diploma yang berkaitan di UNIMY.

Kursus ini terbuka kepada semua pelajar SPM, O-Level, SKM3 serta kelayakan lain yang setara dan yang ingin peningkatan kemahiran. Ia akan di adakan pada 5hb April hingga 25hb Jun 2021 secara maya dimana pelajar akan terdedah kepada prinsip asasi pengkomputeran yang boleh di gunakan untuk memperolehi kredit untuk menyambung belajar di UNIMY.

Belajar kursus Program Intensif Technology Digital UNIMY (DiTIP) dalam talian (melalui Microsoft Teams) mengenai:

· Asas Pengkomputeran

· Pengenalan kepada Pengekodan

· Pengenalan kepada seni dan reka bentuk

Yuran Bayaran yang rendah: RM 500 (1 kursus), RM 900 (2 kursus), RM 1,200 (3 kursus)

Hasil pembelajaran kursus asas pengkomputeran ialah mengaplikasikan pengetahuan asas mengenai pengkomputeran dan aplikasinya, membezakan kepentingan nilai etika dalam pengkomputeran serta menunjukkan kemahiran komunikasi dalam pelbagai aplikasi pengkomputeran. Manakala, hasil pembelajaran kursus pengekodan ialah untuk menunjukkan pemahaman asas mengenai perkakasan komputer, program, dan sistem operasi, untuk menerapkan teknik penyelesaian masalah dalam membina algoritma untuk masalah yang diberikan serta untuk membina program yang lengkap berdasarkan spesifikasi masalah yang diberikan.

Hasil pembelajaran kursus pengenalan seni dan reka bentuk digital pula ialah penerangan prinsip asas reka bentuk, penjelasan bahawa reka bentuk adalah sebuah bentuk komunikasi serta kepentingan maklum balas dan kritikan dalam mengembangkan reka bentuk yang lebih berkesan.

Antara manfaat untuk menyertai program intensif teknologi digital UNIMY ialah pengajaran dalam talian dan secara langsung mengenai teknologi digital, mulakan kehidupan universiti lebih awal, bertemu rangkaian rakan dengan minat yang serasi, pemindahan kredit ke program diploma dan asasi UNIMY, pendedahan awal kepada industri dan terima sijil mikro-kredensial untuk setiap subjek.

Pengajar-pengajar UNIMY yang berpengetahuan akan memberi bimbingan yang terperinci kepada peserta Program Intensif Teknologi Digital UNIMY.

“Kami membimbing pelajar untuk mempunyai pengetahuan asas dan teknikal dalam pelbagai bidang pengkomputeran seperti pengkomputeran asasi, pengenalan kepada pengekodan dan pengenalan kepada seni dan rekabentuk digital. Ini untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan asas dan teknikal setelah mereka menamatkan Program Intensif Teknologi Digital UNIMY. Dengan membentuk para pelajar menjadi serba boleh, lebih mudah bagi mereka untuk berbaur dalam lingkungan kerja kerana mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang pengkomputeran yang luas, ”kata Dekan Akademik UNIMY, Muhammad Amin Sahari.

UNIMY juga akan mengadakan hari terbuka dalam maya pada 20 dan 21hb Mac 2021.

Untuk keterangan lanjut mengenai UNIMY DITIP, terokai laman web https://bit.ly/UNIMYDITIP, atau hubungi di 1300-88-5008 atau enquiry@unimy.edu.my.


TAMAT

Latar belakang UNIMY

Di UNIMY, kami berkongsi dan didorong oleh satu matlamat utama : untuk membina masa depan yang lebih baik melalui teknologi, pendidikan, penyelidikan dan inovasi. Kami terdiri daripada individu-individu yang kreatif dan inovatif, yang menghayati kehidupan sambil mengenal pasti penambah baikkan yang perlu dilakukan, mengguna imaginasi untuk mencipta sesuatu yang dapat memperbaiki kehidupan manusia secara menyeluruh.

Diasaskan untuk meningkat kemahiran dan memupuk graduan ICT dengan minda global, UNIMY telah diberi kepercayaan untuk mendidik pelajar supaya bersedia mengharungi cabaran Industri 4.0.


Graduan kami diakui unggul dan sentiasa mendapat perhatian oleh industri-industri IT terbaik dan terkemuka. Kekuatan UNIMY terletak pada rakan kongsi kami yang telah termaktub melalui jalinan hubungan kerjasama dengan syarikat IT besar dan terkenal seperti IBM, Sales Force, KPMG, CompTIA dan Amazon. Melalui hubungan kerjasama ini pelajar kami mendapat manfaat sepenuhnya melalui pembelajaran sambil bekerja semasa menjalani latihan industri dan latihan kerjaya di syarikatsyarikat berkenaan. Komuniti UNIMY sentiasa mengejar misi untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua dengan mempertingkatkan penyelidikan, pembelajaran dan inovasi.

#CreatingADigitalNation

 

USEFUL LINKS

OFFICE OPERATING HOURS

Weekday: 9.00am – 5.30pm

Weekend and Public Holiday: Close

Open Day: 10.00am – 5.00pm

CONNECT WITH US

UNIMY is a wholly owned subsidiary of Serba Dinamik Holdings Berhad. All Rights Reserved. © Copyright 2020